SHAH ALAM: Kakitangan kesihatan terutama doktor dan jururawat yang bertugas di hospital kerajaan didakwa bekerja sehingga 14 jam sehari.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna akaun Twitter, @FarraDiana yang juga seorang doktor.
“Kami bertugas minimum 14 jam sehari dengan bayaran gaji minimum, malah kami tidak sempat untuk makan, solat pun ‘lari-lari’. Kadang kala terlepas waktu solat.
“Dengan jumlah tenaga kerja yang minimum, kami perlu merawat pesakit yang ramai. Jika anda penat menunggu, kami penat berganda.
”Jangan sesekali marah doktor dan jururawat atau mana-mana petugas kesihatan. Kami sangat penat. Kalau nak marah, lepaskan kemarahan anda kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Gesa untuk tambah lebih ramai tenaga kerja, cari penyelesaian untuk menambah lebih ramai kakitangan,” katanya menerusi hantaran di laman Twitter pada Selasa.
Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah video memaparkan kekecohan pergaduhan mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @Bisma Ali, kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor.
Dikatakan pesakit terbabit terpaksa menunggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilapor telah tampil memohon maaf atas kejadian terbabit dan menurutnya, pemeriksaan untuk pesakit jantung harus dilakukan dengan lebih teliti sekali gus menyebabkan masa rawatan lebih panjang bagi setiap seorang pesakit.
Beliau turut berharap agar orang ramai ada perasaan empati terhadap petugas kesihatan yang juga bekerja keras tanpa henti untuk membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023
Tangkap layar akaun Twitter @FarraDiana yang berkongsi luahan rasa beliau sebagai petugas kesihatan yang bekerja selama 14 jam minimum sehari.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu.
Pemeriksaan kesihatan percuma di PPS legakan mangsa banjir
Mangsa syukur pemeriksaan kesihatan disediakan memandangkan terdapat ramai yang mungkin cedera akibat banjir atau kurang sihat di PPS.
28 petugas perubatan terkorban di Gaza - Kementerian Kesihatan Palestin
Seramai 28 petugas perubatan di Semenanjung Gaza terkorban ekoran serangan berterusan tentera Israel di wilayah itu sejak 7 Okt lepas.
Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU.
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
Isu kekurangan aset perubatan, sumber manusia: KKM lulus peruntukan khas kepada JKN Johor
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor akan menerima 35 jururawat tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan manakala beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan.
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.
MA63: Beri kuasa pentadbiran pendidikan, kesihatan kepada Sabah dan Sarawak dibincang - Fadillah
Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran dalam sektor pendidikan dan kesihatan kerana perancangan melibatkan sektor itu dilaksanakan di Putrajaya.
Hospital Serdang dinamakan Hospital Sultan Idris Shah Serdang
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan dan menjenamakan semula Hospital Serdang yang kini dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Dakwaan ugutan: Belum ada laporan daripada Mogok Doktor Malaysia - PDRM
PDRM sahkan tiada laporan diterima daripada kumpulan Mogok Doktor Malaysia terhadap pihak yang didakwa membuat ugutan.